Ramadan Sebagai Latihan,Bukan Semata-mata Lailaturqadar

Berbicara mengenai kedatangan malam 1,000 bulan atau Lailatul Qadar yang merupakan bonus yang dikurniakan Allah swt kepada umat Islam setelah pelbagai ganjaran sepanjang Ramadhan yang penuh barakah ini.

Lailatul Qadar merupakan satu malam khusus yang Allah swt istilahkan sebagai Malam Penentuan. Allah menentukan Dia menurunkan al-Quran kepada manusia daripada luh mahfuz ke suatu tempat di langit dunia yang dikenali sebagai Baitul Izzah (iaitu rumah kemuliaan) tempat yang al-Quran berada. Hatta tempat pun telah menjadi kemuliaan, mesejnya ialah mana-mana negara yang meletakkan Al-Quran sebagai tempat yang tinggi penghayatan pelaksanaan hukum-hukumnya - izzah.

Individu yang hafaz al-Quran dan masyarakat yang menghayati kehendak al-Quran adalah mereka dimuliakan Allah swt kerana itulah setahun sekali Malaikat Jibril turun membawa rahmat kepada penduduk dunia pada Allah. Ulang-ulang setiap tahun ada satu malam dipanggil laiLatul Qadar dengan lain perkataan saat turunnya sebuah kitab al-Quran ke alam dunia. Allah sebut sebagai Lailatul Qadar dan pada tiap tahun Allah swt izinkan Malaikat Jibril turun semula ke dunia. Juga dipanggil malam Qadar, malam itu malam bonus Allah swt telahpun menganugerah dengan anugerah kepada mukminin yang berpuasa. Pertama, anugerah kerahmatan pada satu pertiga pertama puasa. Kedua, anugerah keampunan pada satu pertiga kedua puasa. Ketiga, anugerah terbebas daripada api neraka pada satu pertiga terakhir.

Itupun telah besar ditambah dengan bonus anugerah malam Qadar di mana beribadah pada malam itu lebih afdal daripada 83 tahun 4 bulan. Kerana itulah maka mesej yang jelas daripada Allah. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Bijaksana mengatur perancangan buat hambaNya dengan menawarkan begitu banyak imbuhan untuk tujuan manusia mengenali, mengasihi dan menyintai ajaran Allah untuk dihayati.

Banyak yang mencari-cari Lailaltul Qadar, bahkan tidak kurang yang menekannya dengan pelbagai teori. Pada pandangan ustaz, macam mana kita nak kenalpasti malam itu dan apakah doa yang sesuai dibaca?,/b>

Malam Qadar dirahsiakan Allah kepada hambaNya hatta kepada kekasihNya Muhammad Rasulullah saw. Allah tidak memberitahu beliau. Aishah pernah bertanya kepada suaminya tentang bilakah malam Qadar. Rasulullah hanya menjawab dengan memberi tip antaranya hadis-hadis sahih dengan menyebut, "intai-intailah kamu kedatangan atau berlakunya malam Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Ada yang bertanya lagi dalam 10 malam terakhir itu agak-agaknya bila."

Rasulullah saw menyebut pada 10 terakhir, bila ditanya apakah tanda-tanda, inilah yang banyak disebut oleh ilmuan islam. Antara tipsnya malam itu tidak berlaku dengan ketara bencana besar, tiada ribut mengganas, keadaan tenang dan nyaman, pagi esoknya matahari bersinar tetapi tidak menyengat dan macam-macam lagi.

Yang boleh saya simpulkan boleh kita gunakan kaedah mendekatkan kita dengan berjumpanya dengan malam Qadar dengan mengambil kira hadis-hadis 10 malam terakhir tidak berlaku pada malam genap, kemungkinan ia berlaku pada malam ganjil. Memandangkan kalendar sambutan hari raya setiap negara berbeza, begitu juga dengan sambutan 1 Ramadhan.

Justeru, kemungkinan untuk malam 21 dan 29 itu boleh jadi bukan. Malam 29 itu malam lihat anak bulan, malam akhir itu ada kalendar yang berbeza antara negara.

Contohnya Brunei berpuasa sehari lebih lewat daripada kita menyebabkan saya pun jadi ragu. Dalam keadaan sekarang, tinggal lagi empat hari iaitu 21,23, 25 dan 27. Malam 21 terlalu awal, maknanya yang amat menenangkan ada tiga iaitu 23, 25 dan 27. Tiga malam sahaja kita tetapkan dengan 'intai-intai'. Fokuslah pada 23, 25, 27 untuk mengintai dan mengisi tiga malam ini sekurang-kurangnya dengan ibadah khusus yang lebih daripada biasa.

Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah, "Seandainya saya terkena itu pada malam Qadar, apakah doa yang paling baik yang saya mohon?" Rasulullah menjawab, "berdoalah dengan doa ini: 'Ya Allah, Kamulah Tuhan yang amat suka memberi keampunan. Kamu Maha Mulia, ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua-dua ibubapaku, dengan rahmatMu ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihani."

Ertinya Rasulullah mengajar Aishah dan umatnya meminta yang terbaik bagi manusia bukan kekayaan bukan pangkat, bukan kedudukan, bukan kuasa. Yang mustahak sekali keampunan Allah. Kalau ini didapati, maka kita memperolehi keuntungan dunia dan akhirat. Dunia dapat redha Allah dan akhirat pastilah di syurga Allah.

Bagaimana pula amalan ibadah yang boleh dilakukan bagi mereka yang uzur syarie, yakni mereka yang sakit, tidak mampu membaca al-Quran, wanita yang haid atau nifas?

Beribadah pada malam Qadar tidak ditentukan bentuknya. Khusus bagi yang uzur syarie lelaki atau wanita yang tidak berpuasa, ada yang boleh beribadah iaitu zikrullah, bertasbih kepada Allah, berdoa kepada Allah, yang lebih baik bersedekahlah kepada yang memerlukan.

Sedekah ini memanglah disebut dengan hadis Rasulullah saw yang sahih: "Seorang yang pemurah akan tetapi baginda akan lebih-lebih pemurah pada bulan Ramadhan.

Saya mengingatkan kepada penyumbang-penyumbang sedekah atau derma tentang ayat al-Quran yang kita wajib yakini kerana saya tahu banyak orang yang tidak yakin. Ayat yang bermaksud: "Dan apa sahaja yang kamu sumbang ke arah kebaikan akan diganti balik oleh Allah yang lebih baik daripadanya dan Dia (Allah) sebaik-baik yang menganugerahkan rezeki kepadamu."

Inilah peluangnya untuk mencontohi nabi dan para ummahatul mukminin, para sahabat terdahulu. Mereka banyak bersedekah pada malam-malam Ramadhan. Mungkin bagi orang-orang yang uzur syarie dapat melakukan ini pada malam-malam ini khususnya pada 27 haribulan atau 15 haribulan dengan berzikir, berdoa, bertasbih dan berdoa adalah amalan-amalan yang digalakkan oleh Islam.

Selain amalan-amalan pada malam Qadar, apakah amalan lain yang boleh dilakukan apabila menempuh 10 malam terakhir Ramadhan ini? Ada yang berpendapat, apakah amalan yang sesuai bagi yang telah menemui malam Qadar?

Bagi yang mengejar 10 malam akhir, mereka akan mengejar untuk mendapat apa sahaja. Pada awal puasa sehingga akhir. Ada sesetengah berpendapat bahawa tidak pernah ada hadis mengatakan adanya malam Qadar, namun kepada yang berharap kepada redha Allah, tidak akan berhenti menjalankan amalan seperti solat terawih, witir dan tahajud.

Orang-orang seperti ini akan terus melakukan ibadah itu di sepanjang Ramadan. Bagi yang memenuhi segenap Ramadan, sudah pastilah mereka telah menemui Lailatul Qadar, tetapi bagi yang tidak menghayatinya langsung yakni yang tidak berpuasa dan tidak mengerjakan solat sunat tarawih, dengan sendirinya Allah menyimpangkan mereka daripada anugerah ini.

Kerana itu, Ramadan sebagai latihan bukan beribadah semata-mata kerana malam Qada. Tetapi beribadah kerana Allah, kerana anugerah Qadar adalah anugerah bonus. Maka terpulanglah kepada Allah, kita redha dengan pemberiannya dan akur pada penentuannya.

Sebagai muslim, bagaimanakah seharusnya kita meraikan penutup kepada bulan Ramadan kerana belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadan akan datang?

Dalam hadis Rasulullah: "Mukmin yang sejati menunggu-nunggu kedatangan Ramadan dengan penuh rasa kecintaan kepada kedatangannya. Bila datang ramadan, mereka amat sukacita. Apabila menjelang hari-hari akhirnya, mereka akan berdukacita."

Nabi akan menyebut dalam hadis-hadis yang lain bermaksud: "Sekiranya manusia benar-benar mengetahui kelebihan anugerah Allah di bulan Ramadan, pasti mereka akan berangan-angan dan meminta kepada Allah agar semua bulan adalah bulan Ramadan."

Kerana itu sebagai muslim yang elok menghayati hadis-hadis tadi memperbanyakkan ibadah pada akhir Ramadan atas ingatan bahawa mungkin Ramadan ini terakhir bagi diri kita dan memperlengkapkan kehendak sebuah hadis lain yang bermaksud,"Alangkah ajaibnya bagi orang yang sempat hingga akhir Ramadan tetapi ia tidak mengambil kesempatan untuk berusaha diampunkan dosanya."

Pesanan ustaz kepada pembaca.Saya harapkan umat Islam khususnya pendokong perjuangan Islam supaya menjadikan seluruh Ibadah adalah untuk tujuan memperolehi redha Allah.

Ramadan Peluang Mengislah Diri

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

Puasa Kembalikan Manusia Ke Alam Fitrah

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

Ramadan Menggamit Keinsafan, Mengisi Bekalan Iman dan Takwa

Ramadan bulan ajaib sudah tiba. Keinginan untuk mendekat, serta merta bertambah. Sebuah tarikan yang kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses The Power of 30 days.

Bulan retreat, segala perlakuan biasa kita, kita tinggalkan pada genap 30 Sya'aban, melangkah masuk ke hari pertama ramadan dengan program komprehensif, bertubi-tubi.

Hari biasa,jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Haus.

Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung.

Bukankah, timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Coca Cola di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.

Perut yang kita rajakan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para fuqara�, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.

Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan concern and caring?

Paling tidak, anda hulurkan semangkuk kuah, pada jiran anda, kata Rasulullah.

Kita dahulukan dengan sahur. Kita dipaksa, ya, dipaksa 30 hari dalam setahun untuk bangun pada waktu yang sukar, tapi penuh berkat. Waktu Tuhan menjanjikan pengampunan dan kurnia, waktu si mukmin bertekuk ".. pada waktu Sahur, mereka memohon keampunan..." (Surah az Zaariyat, ayat 18).

Al-Quran? Ia 'emel Tuhan untuk kita. Tapi kesibukan kita, atau sebenarnya sikap tak endah kita, kita lupa membaca warkah yang mahal itu. Kita, kita gelarkan diri kita para pejuang Islam, juga lupa mentelaahnya..ah? Ramadan merayu kita untuk berfikir semula tentang Quran dan kita.

Dalam qiam Tarawih yang indah dan dalam sayup suara di mana-mana, alunan Quran membawa kita membacanya dari lembar ke lembar, sehingga tamat.

Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada, kisah dan teladan kita telusuri semula, hikmah dan maknanya, kita studi sekali lagi. Harapan dan suruhannya, kita perkukuhkan azam menghayatinya.

Larangannya, kita tidak biarkan ia berlalu tanpa menyentuh hati kita untuk berubah.

Bulan ulangkaji. Bulan koreksi diri. Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa. Bulan kesabaran. Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati anda, katakanlah pada mereka, "Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa."

Ia tidak mudah. Tapi kan Ramadan itu meninggalkan yang buruk-buruk di pagar harinya yang pertama.

Kata Rasulullah, berapa ramai orang yang berlapar, berdahaga dan berdiri malam, ia hanya sia-sia? Malang sekali. Ini yang seharusnya paling kita takuti. Dalam asyik mengejar ganjarannya, kita terlepas semuanya.

Bukankah ini sahaja sudah cukup untuk mentransform individu dan masyarakat Islam seluruhnya melalui Ramadan al-Karim?

Ahli Parlimen, para Menteri dan pembuat dasar, karyawan, pengarang dan penulis, peniaga, pekerja, berpuasa dengan ingatan ini, mana lagi kacau bilau dan hiruk pikuk yang tidak menentu dalam masyarakat Malaysia kita?

Munasabahlah, Allah menjanjikan keampunan kepada hamba-Nya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.

Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di ramadan-Mu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat yang bertakwa, satu masa. Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurga-Mu.

Alangkah bahagianya, sekali lagi Engkau izinkan aku menemui ramadan-Mu yang Pemurah.

Selamat Mengerjakan Ibadat Puasa Kepada Umat Islam

Bismillahirrahmanirrahim,
Madrasah Ramadhan bertandang lagi..tapi kita di mana ??? Kita tetamu yang tak diundang.. mengharapkan layanan tuan rumah tetapi kita tidak beradab dengan tuan rumah... adakah itu budaya kita sebagai seorang muslim???Fikir-fikirkanlah dan renungkanlah sejenak sahabat sahabiah sekalian,bagaimana bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran dan pengorbanan serta yang paling penting,menuntut kita untuk mencari keredhaan dariNya.Madrasah Ramadhan juga menuntut kita melaksanakan amal ibadat kepada Allah sebanyak mungkin dan bukanlah terhenti setakat bulan Ramadhan sahaja,akan tetapi istiqamah sampailah nyawa kita dicabut daripada jasad.Madrasah Ramadhan juga memberi kesan kepada sesiapa yang benar-benar mengharapkan keampunanNya dan mencari keredhaan dari Yang Maha Kuasa.Sama-samalah kita muhasabah diri kita di bulan ini dan bulan-bulan seterusnya,mudah-muahan kita mendapat kebaikan daripada apa yang kita usahakan......wallahuaklamubissowab.........

Sejarah Islam Di Negeri Tirai Bambu Cina

Tuntutlah Ilmu sampai ke negeri Cina," begitu kata petuah Arab. Jauh sebelum ajaran Islam diturunkan Allah SWT, bangsa Cina memang telah mencapai peradaban yang amat tinggi. Kala itu, masyarakat Negeri Tirai Bambu sudah menguasai beragam khazanah kekayaan ilmu pengetahuan dan peradaban.

Tak bisa dipungkiri bahwa umat Islam juga banyak menyerap ilmu pengetahuan serta peradaban dari negeri ini. Beberapa contohnya antara lain, ilmu ketabiban, kertas, serta bubuk mesiu. Kehebatan dan tingginya peradaban masyarakat Cina ternyata sudah terdengar di negeri Arab sebelum tahun 500 M.

Sejak itu, para saudagar dan pelaut dari Arab membina hubungan dagang dengan `Middle Kingdom' - julukan Cina. HISTORY OF ISLAM IN CAHINA

Untuk bisa berkongsi dengan para saudagar Cina, para pelaut dan saudagar Arab dengan gagah berani mengarungi ganasnya samudera. Mereka `angkat layar' dari Basra di Teluk Arab dan kota Siraf di Teluk Persia menuju lautan Samudera Hindia.

Sebelum sampai ke daratan Cina, para pelaut dan saudagar Arab melintasi Srilanka dan mengarahkan kapalnya ke Selat Malaka. Setelah itu, mereka berlego jangkar di pelabuhan Guangzhou atau orang Arab menyebutnya Khanfu. Guangzhou merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan tertua di Cina. Sejak itu banyak orang Arab yang menetap di Cina.

Ketika Islam sudah berkembang dan Rasulullah SAW mendirikan pemerintahan di Madinah, di seberang lautan Cina tengah memasuki periode penyatuan dan pertahanan. Menurut catatan sejarah awal Cina, masyarakat Tiongkok pun sudah mengetahui adanya agama Islam di Timur Tengah. Mereka menyebut pemerintahan Rasulullah SAW sebagai Al-Madinah.


The Great Mosque of Xi'an, one of China's oldest mosques

Orang Cina mengenal Islam dengan sebutan Yisilan Jiao yang berarti 'agama yang murni'. Masyarakat Tiongkok menyebut Makkah sebagai tempat kelahiran 'Buddha Ma-hia-wu' (Nabi Muhammad SAW). Terdapat beberapa versi hikayat tentang awal mula Islam bersemi di dataran Cina. Versi pertama menyebutkan, ajaran Islam pertama kali tiba di Cina dibawa para sahabat Rasul yang hijrah ke al-Habasha Abyssinia (Ethopia). Sahabat Nabi hijrah ke Ethopia untuk menghindari kemarahan dan amuk massa kaum Quraish jahiliyah. Mereka antara lain; Ruqayyah, anak perempuan Nabi; Usman bin Affan, suami Ruqayyah; Sa'ad bin Abi Waqqas, paman Rasulullah SAW; dan sejumlah sahabat lainnya.

Para sahabat yang hijrah ke Etopia itu mendapat perlindungan dari Raja Atsmaha Negus di kota Axum. Banyak sahabat yang memilih menetap dan tak kembali ke tanah Arab. Konon, mereka inilah yang kemudian berlayar dan tiba di daratan Cina pada saat Dinasti Sui berkuasa (581 M - 618 M).

Sumber lainnya menyebutkan, ajaran Islam pertama kali tiba di Cina ketika Sa'ad Abi Waqqas dan tiga sahabatnya berlayar ke Cina dari Ethopia pada tahun 616 M. Setelah sampai di Cina, Sa'ad kembali ke Arab dan 21 tahun kemudian kembali lagi ke Guangzhou membawa kitab suci Alquran.

Ada pula yang menyebutkan, ajaran Islam pertama kali tiba di Cina pada 615 M - kurang lebih 20 tahun setelah Rasulullah SAW tutup usia. Adalah Khalifah Utsman bin Affan yang menugaskan Sa'ad bin Abi Waqqas untuk membawa ajaran Illahi ke daratan Cina. Konon, Sa'ad meninggal dunia di Cina pada tahun 635 M. Kuburannya dikenal sebagai Geys' Mazars.

Utusan khalifah itu diterima secara terbuka oleh Kaisar Yung Wei dari Dinasti Tang. Kaisar pun lalu memerintahkan pembangunan Masjid Huaisheng atau masjid Memorial di Canton - masjid pertama yang berdiri di daratan Cina. Ketika Dinasti Tang berkuasa, Cina tengah mencapai masa keemasan dan menjadi kosmopolitan budaya. Sehingga, dengan mudah ajaran Islam tersebar dan dikenal masyarakat Tiongkok.


Id Khar Mosque

Pada awalnya, pemeluk agama Islam terbanyak di Cina adalah para saudagar dari Arab dan Persia. Orang Cina yang pertama kali memeluk Islam adalah suku Hui Chi. Sejak saat itu, pemeluk Islam di Cina kian bertambah banyak. Ketika Dinasti Song bertahta, umat Muslim telah menguasai industri ekspor dan impor. Bahkan, pada periode itu jabatan direktur jenderal pelayaran secara konsisten dijabat orang Muslim.

Pada tahun 1070 M, Kaisar Shenzong dari Dinasti Song mengundang 5.300 pria Muslim dari Bukhara untuk tinggal di Cina. Tujuannya untuk membangun zona penyangga antara Cina dengan Kekaisaran Liao di wilayah Timur Laut. Orang Bukhara itu lalu menetap di di antara Kaifeng dan Yenching (Beijing). Mereka dipimpin Pangeran Amir Sayyid alias 'So-Fei Er'. Dia bergelar `bapak' komunitas Muslim di Cina.

Ketika Dinasti Mongol Yuan (1274 M -1368 M) berkuasa, jumlah pemeluk Islam di Cina semakin besar. Mongol, sebagai minoritas di Cina, memberi kesempatan kepada imigran Muslim untuk naik status menjadi Cina Han. Sehingga pengaruh umat Islam di Cina semakin kuat. Ratusan ribu imigran Muslim di wilayah Barat dan Asia Tengah direkrut Dinasti Mongol untuk membantu perluasan wilayah dan pengaruh kekaisaran.

Bangsa Mongol menggunakan jasa orang Persia, Arab dan Uyghur untuk mengurus pajak dan keuangan. Pada waktu itu, banyak Muslim yang memimpin korporasi di awal periode Dinasti Yuan. Para sarjana Muslim mengkaji astronomi dan menyusun kalender. Selain itu, para arsitek Muslim juga membantu mendesain ibu kota Dinasti Yuan, Khanbaliq.

Pada masa kekuasaan Dinasti Ming, Muslim masih memiliki pengaruh yang kuat di lingkaran pemerintahan. Pendiri Dinasti Ming, Zhu Yuanzhang adalah jenderal Muslim terkemuka, termasuk Lan Yu Who. Pada 1388, Lan memimpin pasukan Dinasti Ming dan menundukkan Mongolia. Tak lama setelah itu muncul Laksamana Cheng Ho - seorang pelaut Muslim andal.

Saat Dinasti Ming berkuasa, imigran dari negara-negara Muslim mulai dilarang dan dibatasi. Cina pun berubah menjadi negara yang mengisolasi diri. Muslim di Cina pun mulai menggunakan dialek bahasa Cina. Arsitektur Masjid pun mulai mengikuti tradisi Cina. Pada era ini Nanjing menjadi pusat studi Islam yang penting. Setelah itu hubungan penguasa Cina dengan Islam mulai memburuk.

Masa Surut Islam di Daratan Cina


The Niujie Mosque in Beijing

Hubungan antara Muslim dengan penguasa Cina mulai memburuk sejak Dinasti Qing (1644-1911) berkuasa. Tak cuma dengan penguasa, relasi Muslim dengan masyarakat Cina lainnya menjadi makin sulit. Dinasti Qing melarang berbagai kegiatan Keislaman.

Menyembelih hewan qurban pada setiap Idul Adha dilarang. Umat Islam tak boleh lagi membangun masjid. Bahkan, penguasa dari Dinasti Qing juga tak membolehkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima - menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah.

Taktik adu domba pun diterapkan penguasa untuk memecah belah umat Islam yang terdiri dari bangsa Han, Tibet dan Mogol. Akibatnya ketiga suku penganut Islam itu saling bermusuhan. Tindakan represif Dinasti Qing itu memicu pemberontakan Panthay yang terjadi di provinsi Yunan dari 1855 M hingga 1873 M.

Setelah jatuhnya Dinasti Qing, Sun Yat Sen akhirnya mendirikan Republik Cina. Rakyat Han, Hui (Muslim), Meng (Mongol) dan Tsang (Tibet) berada di bawah Republik Cina. Pada 1911, Provinsi Qinhai, Gansu dan Ningxia berada dalam kekuasaan Muslim yakni keluarga Ma.

Kondisi umat Islam di Cina makin memburuk ketika terjadi Revolusi Budaya. Pemerintah mulai mengendorkan kebijakannya kepada Muslim pada 1978. Kini Islam kembali menggeliat di Cina. Hal itu ditandai dengan banyaknya masjid serta aktivitas Muslim antaretnis di Cina.

Tokoh Muslim Terkemuka dari Tiongkok
Dominasi peran Muslim dalam lingkaran kekuasaan dinasti-dinasti Cina pada abad pertengahan telah melahirkan sejumlah tokoh Muslim terkemuka. Mereka adalah:

Pelaut dan Penjelajah
* Cheng Ho atau Zheng He: Laksamana Laut Cina yang menjelajahi dua benua dalam tujuh kali ekspedisi.
* Fei Xin: Penerjemah andalan Cheng Ho.
* Ma Huan: Seorang pengikut Ceng Ho.

Militer
* Jenderal pendiri Dinasti Ming: Chang Yuchun, Hu Dahai, Lan Yu, Mu Ying.
* Pemimpin pemberontakan Panthay: Du Wenxiu, Ma Hualong.
* Kelompok tentara Ma selama era Republik Cina: Ma Bufang, Ma Chung-ying, Ma Fuxiang, Ma Hongkui, Ma Hongbin, Ma Lin, Ma Qi, Ma Hun-shan Bai Chongxi.

Sarjana dan Penulis
* Bai Shouyi, sejarawan.
* Tohti Tunyaz, sejarawan.
* Yusuf Ma Dexin, penerjemah Alquran pertama ke dalam bahasa Cina.
* Muhammad Ma Jian, penulis dan peberjemah Alquran terkemuka.
* Liu Zhi, penulis di era Dinasti Qing.
* Wang Daiyu, ahli astronomi pada era Dinasti Ming.
* Zhang Chengzhi, penulis kontemporer.

Politik
* Hui Liangyu, Wakil Perdana Menteri Urusan Pertanian RRC
* Huseyincan Celil, Imam Uyghur yang dipenjara di Cina
* Xabib Yunic, Menteri Pendidikan Second East Turkistan Republic
* Muhammad Amin Bughra, Wakil Ketua Second East Turkistan Republic

Lainnya
* Noor Deen Mi Guangjiang, ahli kaligrafi.
* Ma Xianda, ahli beladiri.
* Ma Menta, pengurus Federasi Wushu Tongbei Rusia.

Hasan Al-Hudhaibi Penerus Perjuangan Hasan Al-Banna (Bahagian 1)

Lewat petang 12 Februari 1949, ditepi jalanraya kota Kaherah, Imam Hasan Al-Banna ditembak dan terus rebah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan kematiannya di hospital adalah satu misteri ngeri gugurnya seorang syahid.

Acara pengurusan jenazah hanya dikendalikan oleh ahli keluarganya yang terdekat. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan tidak dapat bersama kerana perintah berkurung telah diisytiharkan oleh pemerintah.

Jenazah Hasan Al-Banna dibawa ke tanah perkuburan dengan dikawal rapi oleh kereta kebal dan kereta perisai tentera. Orang ramai dihalang daripada mengiringi jenazahnya.

Raja Farouk bersembunyi di istananya. Beliau tidak keluar ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah dengan orang ramai seperti yang biasa dilakukannya.

Pemerintah Mesir di bawah perdana menteri, Ibrahim Abdul Hadi, merancang dan terus bertindak menjalankan gelombang baru penangkapan beramai-ramai anggota-anggota Ikhwan. Berbagai bukti diada-adakan untuk terus menuduh Ikhwan merancang untuk membunuh perdana menteri Mesir dan mahu mencetuskan revolusi.

Enam bulan penuh berikutan kematian Hasan Al-Banna, Mesir dicengkam dengan tindakan kuku besi pemerintah yang menangkap anggota-anggota Ikhwan. Dianggarkan lebih 4,000 anggota Ikhwan merengkok dan diseksa di penjara-penjara Tur, ‘Uyun Musa dan Huckstep, iaitu sebuah berek lama tentera Amerika.

Seluruh Mesir berada dalam perintah darurat. Mahkamah tentera diwujudkan dengan barisan hakim dan pendakwa yang dipilih khas. Drama dan sandiwara dimainkan dalam perbicaraan dengan motif utamanya mahu mengaitkan Ikhwan dengan percubaan membunuh perdana menteri sebelumnya.

Dalam kemelut inilah Ikhwan Muslimin perlu menyelesaikan masalah dalamannya yang paling utama, iaitu persoalan pengganti Hasan Al-Banna.

Selepas syahidnya Al-Banna, secara tabii tugas Mursyidul Am dipangku oleh timbalannya sejak tahun 1947, iaitu Syeikh Saleh ‘Ashmawi. Dalam keadaan pergerakan yang terbatas, kerahsiaan serta ramai anggota lain merengkok dalam penjara, ramai anggota Ikhwan beranggapan bahawa Syeikh Saleh ‘Ashmawi adalah orang yang seharusnya menerajui Ikhwan selepas itu.

Namun, Salih ‘Ashmawi sejak menjadi timbalan Hasan Al-Banna lagi sudah pun dikaitkan dengan tanzim as-sirri. Tanzim ini dituduh oleh pemerintah sebagai badan yang mencetuskan keganasan di Mesir.

Selain itu, nama-nama lain yang disebut sebagai calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna adalah saudaranya sendiri, iaitu Abdul Rahman Al-Banna dan juga setiausaha agung Ikhwan, iaitu Abdul Hakim Abidin. Seorang anggota kanan Maktab Al-Irsyad, Syeikh Hasan Al-Baquri yang bersama-sama Syeikh Hasan ‘Ashmawi menggerakkan Ikhwan sepanjang era tribulasi awal setelah kematian Hasan Al-Banna juga dicalonkan sebagai pengganti.

Pada ketika itu juga seorang pendatang baru dalam Ikhwan pada penghujung hayat Hasan Al-Banna, iaitu Munir Al-Dilla memainkan peranan yang besar dalam gerakan Ikhwan yang memang terbatas pergerakannya itu. Munir Al-Dilla adalah seorang hartawan yang menyertai Ikhwan pada tahun 1947. Beliau telah membuktikan pengorbanannya yang tidak berbelah bagi dengan menginfaqkan sebahagian besar harta bendanya di jalan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Dalam persoalan pengganti bagi Hasan Al-Banna, Munir Al-Dilla telah memainkan peranan yang besar. Dalam satu mesyuarat yang diadakan di rumahnya, nama Hasan Al-Hudhaibi sebagai seorang lagi calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna. Bermula daripada situlah proses musyawarah pun dijalankan dalam keadaan pergerakan anggota-anggota Ikhwan yang begitu terbatas.

Syeikh Hasan ‘Ashmawi, Abdul Rahman Al-Banna, Abdul Hakim Abidin dan Syeikh Hasan Al-Baquri adalah tokoh-tokoh besar Ikhwan Muslimin pada masa itu. Proses musyawarah tidak dapat dijalankan hingga mampu mencakupi pendapat dan pandangan seluas mungkin anggota yang ada di dalam dan di luar penjara. Oleh itu ramai yang beranggapan bahawa membuat pilihan yang silap bagi jawatan Mursyidul Am boleh menimbulkan perpecahan dalam saff Ikhwan Muslimin.

Berdasarkan pandangan seumpama inilah ramai yang berpandangan bahawa tempat Hasan Al-Banna hendaklah digantikan buat sementara waktu dengan seorang muka baru!. Mereka berpendapat, setelah keadaan beransur pulih, barulah seorang Mursyidul Am yang sebenarnya boleh dipilih.

Untuk itu Hasan Hudhaibi adalah calon terbaik memandangkan kedudukannya yang dihormati pada kaca mata masyarakat Mesir. Hasan Al-Hudhaibi adalah seorang hakim dengan lebih dari 20 tahun pengalaman di pelbagai mahkamah seluruh Mesir. Dengan itu, perlantikannya akan menampilkan imej yang amat positif kepada Ikhwan Muslimin di kalangan orang ramai.

Hujah waqi’ lain yang digunakan juga adalah kerana pada masa itu anggota-anggota Ikhwan Muslimin ramai yang merengkok dalam penjara dan ada yang sedang dan bakal dihadapkan ke mahkamah tentera, maka dengan perlantikan Hasan Al-Hudhaibi sebagai seorang hakim yang terhormat adalah ianya diharapkan dapat mententeramkan pihak kehakiman dan pendakwaan.

Ramai juga anggota yang berharap bahawa Ikhwan Muslimin yang telah diharamkan oleh pemerintah dibenarkan kembali bergerak seperti sebelumnya. Berdasarkan harapan ini, maka mereka yang menyokong perlantikan Hasan Al-Hudhaibi berharap sebagai hakim yang dihormati dan sebagai muka baru dalam gerakan Ikhwan Muslimin, proses pendaftaran semula ini dapat direalisasikan segera.

Syeikh Soleh ‘Ashmawi sendiri menyokong pandangan ini dengan katanya: “Adalah mustahak agar nama-nama anggota kita yang telah dimomok-momokkan oleh pemerintah sebagai pengganas yang menjadikan jamaah kita ditakuti oleh orang ramai ditiadakan buat sementara waktu daripada senarai calon Mursyidul Am”.

Setelah Hasan Al-Hudhaibi dibai’ah sebagai Mursyidul Am, memandangkan keadaan yang begitu diancam oleh pemerintah di atas tekanan Amerika dan negara-negara Barat, beliau menjalankan tugasnya selama enam bulan secara rahsia dan bergerak secara bawah tanah. Ketika itu beliau masih belum melepaskan jawatannya sebagai hakim mahkamah.

Setelah berlaku pertukaran kerajaan, di bawah perdana menteri Nahhas Pasha, Ikhwan Muslimin diberikan izin semula untuk bergerak secara terbuka. Imej Hasan Al-Hudhaibi yang positif telah banyak membantu dalam era peralihan ini. Pada masa yang sama timbalannya juga adalah seorang pengamal undang-undang yang amat dihormati di seluruh Mesir. Beliau adalah Syeikh Abdul Qadir ‘Awdah.

Gandingan Hasan Al-Hudhaibi dan Syeikh Abdul Qadir ‘Awdah telah membantu menempatkan semula Ikhwan diterima secepat mungkin oleh masyarakat Mesir.

Apabila peluang untuk Ikhwan bergerak secara terbuka wujud semula, Hasan Al-Hudhaibi pun turun ke seluruh wilayah untuk bertemu dengan anggota-anggota Ikhwan. Beliau tidak bertemu mereka sebagai Mursyidul Am, sebaliknya beliau bertemu anggota-anggota meminta mereka memilih Mursyidul Am yang lain.

Menurutnya, beliau telah dilantik oleh sekumpulan anggota dalam keadaan darurat. Oleh kerana keadaan darurat telah tiada, maka adalah menjadi hak semua anggota Ikhwan Muslimin untuk memilih Mursyidul Am menurut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Lagipun, syarat untuk dipilih menjadi Mursyidul Am pada ketika itu hendaklah ianya seorang yang telah dipilih untuk menjadi anggota Majlis Syura dengan memperolehi tidak kurang daripada tiga perempat dari jumlah undi keseluruhan. Hasan Al-Hudhaibi tidak memenuhi syarat tersebut!.

Permintaan Hasan Al-Hudhaibi tidak diterima. Sebaliknya, delegasi demi delegasi datang ke Kaherah untuk mengesahkan serta membai’ahnya sebagai Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang kedua.