Ber’couple’ Haram?




Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang, khususnya para pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu ini.

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Bersambung di keluaran akan datang.....tunggukan kemunculannya.

SEDARLAH UMAT ISLAM



Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26. Dan org2 yg kafir berkata. "Janganlah kamu mendengar dgn sungguh2 akan Al Qur'an ini & buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mrk).

Inilah yg menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?” Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mrk berkata. "Mengapa kamu menasehati kaum yg Allah akan membinasakan mrk atau mengazab mrk dgn azab yg amat keras?" Mrk menjawab. "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kpd Tuhanmu, & supaya mrk bertakwa". Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 yg beriman." (surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

KEMATIAN-SUATU RENUNGAN



Kehidupan berlangsung tanpa kita sedari sedetik demi sedetik.Sedarkah saudaraku bahawa hari-hari yang kita telah lewati justeru semakin mendekatkan seseorang kepada KEMATIAN?Allah SWT Yang Maha Penyayang mengingatkan manusia dengan firmanNya;
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati,kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (29:57)
Kesimpulannya,setiap hidupan di muka bumi ini ditakdirkan mati.Kita yang masih hidup pada saat ini atau mereka yang akan dihidupkan ke dunia semestinya akan menghadapi suatu ketentuan iaitu;KEMATIAN.
Cuba saudara renungkan,seorang bayi yang baru sahaja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang bergelut dalam sakaratul maut.Sebenarnya,kedua-dua mereka sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka.Hanyalah Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.Semua makhluk hidup akan hidup sehingga suatu masa yang telah ditetapkan dan kemudian mati;Allah menjelaskan perilaku manusia secara umumnya terhadap KEMATIAN dalam Quran;
“Katakanlah,sesungguhnya KEMATIAN yang kamu lari daripadanya,maka sesungguhnya KEMATIAN itu akan menemuimu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH),Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (62:8)
Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang KEMATIAN.Dalam kehidupan moden ini,seseorang biasanya menyibukkan diri berfikir hal-hal seperti di mana mereka akan menlanjutkan pelajaran,kerja apa dan dalam perusahaan mana mereka akan ceburi,bagaimanakah untuk menarik perhatian orang yang diminati,apakah fesyen-fesyen terbaru untuk digayakan esok,apakah perkembangan terbaru artis atau kumpukan muzik yang diminati dan sebagainya.
Kehidupan diertikan sebagai sebgai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari.Persoalan KEMATIAN sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya.Anggapan mereka,KEMATIAN hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia.Sebaliknya ingatlah,tiada seorang pun yang dapat menjamin bahawa dia akan hidup dalam saat berikutnya.Kita sentiasa menyaksikan kematian orang lain di tv,surat khabar mahupun di persekitaran kita.Namun,jarang terfikir di benak ini hari orang lain menyaksikan KEMATIAN diri sendiri.Kita langsung tidak mengira KEMATIAN itu sedang menunggu kita!
Apabila KEMATIAN datang menjemput,tiba-tiba lenyaplah semua ‘kenyataan’ dalam hidup ini.Tiada lagi kenangan ‘hari-hari yang indah’ di dunia ini.Renungkanlah segala yang saudara dapat lakukan saat ini,mengerdipkan mata,menggerakkan tangan,berbicara,tertawa,semuanya fungsi tubuh kita.Sekarang cuba bayangkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh badan saudara setelah kita mati nanti.
Dimulai saat saudara menghembuskan nafas buat sekian kalinya,jadilah saudara tiada lain hanyalah ‘selonggok daging’.Tubuh yang terbujur kaku itu akan dibawa ke kamar mayat untuk dimandikan buat kali terakhir.Dibungkus kain putih yang kasar,jenazah saudara diusung dalam sebuah keranda ke kubur.Sesudah jenazah saudara dimasukkkan kedalam liang lahat yang sempit,maka tanahlah yang akan menutupi.Ini adalah kesudahan cerita saudara di dunia.Mulai saat ini,saudara tiada lain hanyalah seseorang yang terukir namaya pada batu nesan.
Selama berbulan-bulan atau tahun-tahun pertama,kuburanmu sering dikunjungi.Seiring berlalunya waktu,bilangan yang menziarahimu kian sedikit.Akhirnya,tiada seorangpun yang datang mengunjungimu.
Sementara itu,keluarga terdekatmu akan mengalami kehidupan yang berbeza disebabkan ketiadaan saudara.Di rumah,ruang tidur saudara kosong.Sebahagian baranganmu disimpan,baju,sepatu dan lain-lainnya.Sesetengah barangan lainnya diberikan kepada sesiapa yang memerlukan.Pada bulan-bulan pertama,beberapa ahli keluarga masih lagi berkabung akan kepergian saudara.Namun,masa akan mempengaruhi ingatan mereka terhadap masa lalu.Empat lima tahun kemudian,hanya sedikit yang masih mengenangimu.Seiring dengan kelahiran generasi-generasi baru dan kematian generasi pada zaman saudara,akhirnya soal saudara diingati orang atau tidak ,hal tersebut tiada gunanya lagi….
Rujukan:-“The Lesson from Death” oleh Harun Yahya

Kehangatan Pilihan Raya Bagan Pinang


Tokoh-tokoh penting di Bagan Pinang. Dari kiri Isa (Ketua Umno Bahagian), Ustaz Ramli Ismail (YDP PAS), Dato' Husam Musa(AJK PAS) dan Ustaz Zulkefli (PJ PAS Negeri)



PAS telah bersepakat melantik Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang manakala Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan pula telah memutuskan PAS yang akan bertanding di kerusi Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan dikatakan mempunyai empat nama untuk menjadi calon di sini.

Mereka adalah Ustaz Zulkefli sendiri di samping bekas Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob, Ketua Dewan Ulama negeri, Ustaz Kassim Tahir dan bekas calon dalam pilihan raya lalu, Ustaz Ramli Ismail. Ustaz Ramli adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang.

Di pihak Barisan Nasional pula, nama bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad disebut-sebut bakal menjadi calon.

Usaha mula dilakukan di kedua belah pihak untuk memastikan kemenangan untuk pilihanraya ini.Diharapkan rakyat yang menetap di Bagan Pinang memberikan sepenuh kepercayaan kepada PAS memenangi pilihanraya di tempat tersebut untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan kezaliman UMNO dapat dihapuskan.


Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan yang Mulia

Alhamdulillah,brsyukur kita kepada Allah S.W.T. yang mengurniakan dan melimpahkan nikmat iman dan Islam kepada orang-orang yang beriman dan kepada mereka yang dikehendaki-Nya.Selawat dan salam buat junjungan besar sayyidul ambiya'i wal mursalin Nabi Muhammad S.A.W beserta ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda serta para tabi' tabi'in dan pejuang agama Allah di atas muka bumi ini.

Menjelma kembali bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan pada tahun ini di mana ia adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan yang boleh kita ambil.Pada bulan inilah kita dituntut memperbanyakkan amal ibadah bukan sahaja ibadah solat sunat dan sedekah yang semestinya kita laksanakan walaupun di bulan selainnya,akan tetapi pembersihan rohani dari segala maksiat yang telah kita lakukan dan perubahan diri kita ke arah yang lebih baik dengan cara kita meninggalkan segala perkara-perkara yang boleh mendatangkan maksiat.

Oleh itu kesedaran serta kefahaman agama Islam yang sebenar dan sifat rasa tanggungjawab sebagai hamba Allah di atas muka bumiNya penting untuk kita tanamkan dalam diri kita di bulan ramadhan ini.Bilamana kita memahami tugas melaksanakan dan menyampaikan ajaran Islam adalah tanggngjawab kita bersama,maka semestinya kita berlumba-lumba dalam membantu dan membawa ajaran Islam yang kita cintai bukan hanya apabila diberikan sesuatu ,barulah kita hendak laksanakan,akan tetapi sifat rasa tanggungjawab terhadap Islam itu perlu dipupuk dalam diri kita.

Akhirnya,ana memesan kepada diri ana dan sahabat-sahabiat semua agar sama-sama kita fahami ajaran Islam itu dengan sebenar-benarnya mudah-mudahan keikhlasan dalam kita melaksanakan kerja-kerja Islam itu dinilai dan dipelihara oleh Allah S.W.T.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kesilapan dan kekurangan itu datangnya daripada kelemahan diri insan yang kerdil ini.Wassalam.

AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT

Diriwayatkan bahwa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

TUKANG FITNAH DAN SEORANG GADIS

Ada seorang tukang fitnah yang jatuh cinta kepada seorang gadis tetangganya. Suatu hari, keluarga gadis itu mengutusnya ke kampung lain untuk suatu keperluan. Mengetahui hal itu si tukang fitnah pun mengikutinya, lalu melontarkan bujuk rayunya kepada wanita itu.

Gadis itu berkata, "Jangan kau lakukan ini! Sebenarnya cintaku padamu melebihi cintamu kepadaku, akan tetapi aku takut kepada Allah SWT."

Laki-laki itu berkata, "Kau takut pada Allah, sementara aku tidak takut kepada-Nya?" Akhirnya laki-laki itu pulang dengan perasaan penuh tobat kepada Allah SWT. Dalam perjalanannya ia didera rasa haus yg mencekik tenggorokannya. Dalam kondisi kritis itu tiba-tiba dia bertemu dengan utusan dari seorang nabi Bani Israil dan ditanya, "Mengapa kau ini?"

"Haus," jawabnya.
Utusan itu berkata, "Ke sinilah, kita berdoa kepada Allah agar awan menaungi kita hingga sampai tujuan."
Laki-laki tukang fitnah itu berkata, "Aku tidak mempunyai amal kebajikan."
Utusan nabi itu berkata, "Aku yg berdoa dan engkau tinggal mengaminkan."
Berdoalah utusan itu dan si tukang fitnah itu mengaminkannya.
Tidak lama kemudian datang awan menaungi mereka hingga mereka tiba di kampung tujuan. Setelah sampai, si tukang fitnah memasuki rumahnya, sedangkan awan itu mengikutinya. Sebelum utusan itu pulang dia berkata, "Engkau telah mengaku tidak mempunyai amal kebajikan, padahal ketika aku berdoa dan engkau mengaminkannya, serta merta awan itu menaungi kita, kemudian aku mengikutimu agar engkau memberitahuku apa sebenarnya yg telah terjadi denganmu."

Lalu tukang fitnah itu menceritakan kisahnya kepada utusan itu. Maka berkatalah utusan nabi itu, "Orang yg bertobat kepada Allah mendapat kedudukan yg tidak seorangpun menyamai kedudukannya."