Assalamualaikum,tidak terlambat rasanya untuk ana mengucapkan selamat hari raya kepada semua.Hari raya pada tahun ini merupakan hari raya yang paling sedih dalam hidup ana bila mana mengenangkan pemergian bonda yang disayangi pada hari raya yang ke -4 tanpa sempat melihat wajahnya buat kali terakhir,memandangkan berada jauh di perantauan.Pada tahun ini terasakan kesunyian memandangkan tiada tempat untuk ana meluahkan perasaan sedih dan mengucapkan selamat hari raya.Bilamana bersama sahabat-sahabat di Mesir,kurang sedikit rasa kesedihan dihati ini.
Hari raya pada tahun ini kurang meriah dan kesunyian rasanya berbanding tahun lepas memandangkan ramai sahabat yang pulang ke Malaysia.Walaupun begitu,ana rasa bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. dapat berpuasa dan beraya bersama sahabat-sahabat walaupun berada di perantauan.Berbagai suka duka dan ranjau berliku telah ana lalui semasa keberadaan ana di bumi Mesir ini akan tetapi memandangkan tujuan kita sebagai penuntut ilmu yang perlu diaulakan di samping kerja-kerja persatuan yang perlu kita laksanakan,maka sanggup megabaikan kesedihan di hati ini walaupun terasa perit untuk digambarkan.Biarlah dalam melaksanakan tanggungjawab menuntut ilmu dan membantu sahabat sahabiah ini kita abaikan kesedihan di hati mudah-mudahan di sana diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T.
Kadang-kadang terdengar juga di telinga ini,pelbagai tohmahan dan kata nista mengenai diri kita tetapi bilamana teringat bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar dan benar dalam melaksanakan perkara yang hak terasa sabar itulah yang lebih baik dalam menangani sesuatu perkara.Walaupun kadang kadang terfikir juga,mungkin ini semua kesilapan dan kekasaran kita dalam bertutur kata.Sekiranya ini adalah kesilapan kita,ana memohon jutaan kemaafan sempena bulan syawal ini dan sekiranya kesilapan orang yang mengata,ana berdoa mudah-mudahan kita semua diampunkan oleh Allah S.W.T. seta diberi kesedaran atas kesilapan kita bersama.Mungkin setakat ini sahaja celoteh dan luahan hati ana berkaitan aidifitri dan lain-lainnya.Apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan apa yang buruk dan kekurangan itu datang daripada kekurangan dan kelemahan daripada diri ana sendiri walaupun pada hakikatnya datang daripada Allah S.W.T..Wallahua'lam.
0 Comments