CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam. Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahwasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya. Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair, "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi." Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!" Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

FIKRAH ISLAM

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah,yang lengkap yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.

Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa'la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Deen . Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah." (Al-an'am-116)

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain.

Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka".

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama'ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.

Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti. Demi pembangunan, demi kemajuan dan Malam 'Amal. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.

Kita juga mesti mempunyai al-wa yu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya bukan sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi 'kesedaran Islam' perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang mempunyai 'kesedaran Islam' akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.

Untuk itu kita perlu kepada didikan atau 'tarbiyyah'. 'Tarbiyyah' yang boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan p embentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima' dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah deen ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Addeen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.

Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama' dan mujahid Islam yang mu'tabar. Seterusnya Allah berfirman :

Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak, sebagaimana firmannya :

Ertinya : "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; (Al-Kahfi : 29)

Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.

Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu 'kesedaran Islam yang jelas' dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam ... individu.Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging.

Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Zar memanggil Bilal dengan panggilan 'Ibnu Assauda'. Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh balas dengan memijak pipinya.

Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sekali didorong oleh kepentingan politik, kumpulan, parti, pangkat, bintang dan sebagainya.

"Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu'min"

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah Taala dan segala kekurangan dan keburukan itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri walaupun pada hakikatnya datangnya daripada Allah Taala,Wallahua’lamubissowab.

KISAH-KISAH ISLAM : UMMU SULAIM PERISAI RASULULLAH

Ketika pulang dari perjalanan dari Syam (Syria), Malik menjumpai Ummu Sulaim binti Milhan isterinya telah masuk Islam. Tentu saja dia marah. "Apakah kau sudah berpindah agama?" tanya Malik. "Tidak, aku tidak berpindah agama. Tetapi aku percaya dengan anak laki-laki ini" jawab isterinya. Yang dimaksud anak laki-laki itu adalah Anas bin Malik Al Anshary, yang lahir di Madinah pada tahun ke-10 sebelum Hijriyah.Mendengar isterinya mengajarkan syahadat kepada anak lelakinya, Malik yang kafir itu semakin emosi. Dengan muka merah padam dia membentak isterinya."Jangan kau rusak anakku ini!""Aku tidak merusaknya" jawab isterinya. Selang beberapa hari, Malik pergi lagi ke Syam. Di sana dia dihadang musuh-musuhnya hingga akhirnya tewas terbunuh. Sejak itu Ummu Sulaim berikrar, "Aku tidak akan menceraikan Anas dari menyusui hingga ia meninggalkannya sendiri. Dan aku tidak akan kawin lagi sebelum dia dapat duduk dan dapat menyuruh aku." katanya.Menanggapi tekad ibunya, Anas selalu berdoa kepada Allah agar berkenan membalas jasa dan amal ibunya. Sebagai seorang janda, Ummu Sulaim cukup teguh pada pendiriannya. Ketika seorang lelaki, Abu Talkhah datang meminangnya, dia menolaknya. Tekadnya, dia harus berhasil menaklukkan calon suaminya dari musyrik menjadi muslim."Abu Talkhah, Allah mengetahui bahwa aku sungguh cinta kepadamu, namun sayang sekali kau masih kafir, sedang aku ini muslimah. Jika kamu mau memeluk Islam, aku tidak keberatan menerima lamaranmu. Aku tidak akan menuntut emas kawin kecuali keislamanmu itu, tiada yang lain." Katanya.Dengan perasaan malu dan kecewa, Abu Talkhah meninggalkan Ummu Sulaim karena keberatan masuk Islam. Tetapi karena dia sudah terlanjur cinta, pada kesempatan lain dia datang kembali, namun Ummu Sulaim tetap pantang menyerah. "Abu Talkhah, apakah anda tidak malu menyembah kayu?" katanya. Mendengar ucapan itu, Abu Talkhah menjadi sadar dan insaf serta berikrar memeluk Islam seraya mengikrarkan syahadatain. Mendengar ucapan itu, Ummu Sulaim segera memanggil Anas anaknya. "Wahai Anas, kawinkan Abu Talkhah ini" Demikianlah, berkat kebijaksanaan Ummu Sulaim, Abu Talkhah memeluk Islam. Bahkan akhirnya di kenal sebagai pembantu dan pendukung Rasulullah yang gagah berani dalam jihad fi sabilillah serta ikut menghadiri bai'at Aqabah.Ummu Sulaim sendiri dikenal sebagai wanita yang ikut terjun langsung dalam berbagai pertempuran bersama Rasulullah. Dialah yang memberi pertolongan kepada para prajurit muslim dengan memberi makanan dan minuman, serta merawat mereka yang terluka. Bahkan bersama Abu Talkhah suaminya, ibu ini pernah bertempur langsung merebut senjata musuh untuk membentengi Rasulullah.

PAS Menang di Bukit Gantang!


Keputusan tidak rasmi 8.51 malam, calon PAS Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi 20,021, BN (17,076), Bebas (56). Majoriti - 2,945.

8.25 malam:
Nizar masih mendahului dan majoriti telah meningkat lebih 3,000.

8.15 malam:Keputusan tidak rasmi sehingga 8.15 malam, PAS (16,316), BN (14,061), Bebas (40). Majoriti 2,255. Sehingga kini 64 peratus undi telah dikira.

7.35 malam: Keputusan tidak rasmi, Nizar masih mendahului:PAS (11,375), BN (8,998), Bebas (29). Majoriti 2,377.PAS menang!

7.20 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.20 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (9,423), BN (6,997), Bebas (25). Majoriti 2,426.

7.15 malam:Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.15 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (8,932), BN (6,584), Bebas (24). Majoriti 2,348.

7.05 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (7,294), BN (4,670), Bebas (17). Majoriti 2,624.

6.55 petang:Keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.55 petang seperti yang dilaporkan oleh petugas di pusat pengiraan undi adalah; PAS (5,568), BN (3,792) dan Bebas (10). Majoriti 1,776.

6.45 petang:Keputusan tidak rasmi berdasarkan laporan wakil Harakah dan petugas pilihan raya di Bukit melaporkan; PAS (4,929), BN (3,161) dan Bebas (9).Majoriti (1,768).

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mendahului dalam kiraan undi.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup.Dijangkakan proses kiraan di pusat berkenaan akan bermula jam 5.30 petang.

4.00 petang: Di Sek Ren Jen Keb Cina Phoay Eng, Kuala Sepetang, SPR mengatakan lebih 80 peratus daripada 1700 pengundi sudah keluar mengundi.

Berdasarkan pengamatan perayu undi dan petugas SPR, mood pengundi meningkat serta sokongan pengundi Cina memberangsangkan. Dato' Ngeh Koh Ham mengatakan peluang cerah bagi PAS bagi peti undi di Kuala Sepetang.

Hujan mulai turun dan petugas pilihan raya mengambil langkah berjaga-jaga.

3.15 petang: Suasana tegang berlaku di Pusat Pengundian SK Panglima Bukit Gantang apabila sebuah bas sekolah yang mempunyai nombor plat Kuala Lumpur berhenti di hadapan sekolah berkenaan pada jam 1.15 petang.

Bas tersebut dipenuhi dengan 30 orang wanita yang dipercayai pengundi hantu.

Apabila para penumpang tersebut cuba untuk turun mereka telah ditahan oleh penyokong PAS yang bertanya sama ada mereka adalah pengundi atau tidak? Tetapi para penumpang tersebut tidak memberikan respon.

Pertelingkahan berlaku di antara penyokong PAS dan BN dan bas tersebut terus berlaku dengan penumpangnya daripada kawasan tersebut.

Bas tersebut kemudiannya didapati berada di kawasan pusat operasi Umno.

Dalam suasana tegang itu, seorang penyokong PAS telah dibaling dengan botol air dan pengsan.

Enam buah trak FRU telah dikejarkan ke kawasan tersebut, dan menjelang jam 2 petang keadaan terkawal.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Surat yang Dihantar Ke Istana Negara Oleh Pakatan Rakyat Memohon YDP Agong Menangguh Pelantikan Najib

28 Mac 2009 1 Rabiul Akhir 1430

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik sekalian merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN UNTUK MENANGGUHKAN LANTIKAN PERDANA MENTERI BARU SEHINGGA NAMA BELIAU DIBERSIHKAN OLEH SURUHANJAYA BEBAS

Patik sekalian mewakili semua 81 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa' sembah mengenai rancangan YAB Perdana Menteri untuk mengadap Seri Paduka Baginda pada 2 April ini bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan beliau kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno yang baru.

Ampun Tuanku,

Jawatan Perdana Menteri ini merupakan suatu jawatan tertinggi dalam negara yang menjadi maruah sesebuah negara. Jawatan yang sebegitu penting seharusnya diberikan kepada individu terpilih yang bersih dan tidak dipersoalkan integritinya.

Baru-baru ini terdapat banyak skandal yang mengaitkan nama YAB Timbalan Perdana Menteri seperti komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan negara Perancis. Yang paling mengejutkan adalah peristiwa pembunuhan seorang wanita Mongolia yang dikatakan turut mengaitkan nama beliau. Perkara di atas telah tersebar ke seluruh dunia dan diulas di banyak akhbar dan majalah seluruh dunia.

Oleh kerana perkara di atas begitu banyak diperkatakan dan memandangkan jawatan Perdana Menteri begitu penting buat negara ini, adalah amat wajar sekiranya Seri Paduka Baginda menangguhkan lantikan Perdana Menteri yang baru ini sehingga segala dakwaan berkenaan disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Bebas dan nama beliau dibersihkan demi menjaga maruah negara ini.

Ampun Tuanku,

Patik sekalian akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Bagi pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
YB Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. YB Ahmad bin Kassim
2. YB Dato' Rashid Din
3. YB Dato' Johari Abdul
4. YB Gobala Krishnan a/l Nagapan
5. YB Zulkifli Nordin
6. YB Tan Tee Beng
7. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
8. YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
9. YB Mohsin Fadzli b Hj Samsuri
10. YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj
11. YB Dr Lee Boon Chye
12. YB Abdul Aziz Abdul Kadir
13. YB Amran Abdul Ghani
14. YB Saifuddin Nasution Ismail
15. YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad
16. YB William Leong Jee Keen
17. Yb Mohamed Azmin Ali
18. YB Zuraida Kamaruddin
19. YB Gwo-Burne Loh
20. YB Hee Loy Sian
21. YB Sivarasa a/l K Rasiah
22. YB Manikavasagam a/l Sundaram
23. YB Abdullah Sani Abdul Hamid
24. YB Chua Tian Chang
25. YB Wee Choo Keong
26. YB Nurul Izzah Anwar
27. YB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
28. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
29. YB Azan Ismail
30. YB Fuziah Salleh

SENARAI AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

31. YB Ustaz Nasir Zakaria
32. YB Haji Mahfuz Omar
33. YB Dr Mohd Hayati Othman
34. YB Firdaus Jaafar
35. YB Che Uda Che Nik
36. YB Ustaz Haji Taib Azamuddin Md Taib
37. YB Dato' Haji Kamarudin Jaafar
38. YB Dato' Haji Abd Halim Ab Rahman
39. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
40. YB Siti Zailah Mohd Yusuf
41. YB Salahuddin Haji Ayub
42. YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa
43. YB Muhammad Husin
44. YB Dr. Haji Mohd. Hatta Ramli
45. YB Ustaz Mujahid Haji Yusof Rawa
46. YB Mohd Abdul Wahid Endut
47. YB Dr. Dzulkifli Ahmad
48. YB Dr Che Rosli Che Mat
49. YB Khalid Abd Samad
50. YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
51. YB Dr. Lo' Lo' Haji Mohd. Ghazali

SENARAI AHLI PARLIMEN DEMOCRATIC ACTION PARTY

52. YB Lim Guan Eng
53. YB Dr.Tan Seng Giaw
54. YB Chong Eng
55. YB M.Kulasegaran
56. YB Fong Kui Lun
57. YB Tan Kok Wai
58. YB Chow Kon Yeow
59. YB Teresa Kok Suh Sim
60. YB Prof.Dr.P.Ramasamy
61. YB Ngeh Koo Ham
62. YB Nga Kor Ming
63. YB Karpal Singh
64. YB Fong Po Kuan
65. YB Teo Nie Ching
66. YB Gobind Singh Deo
67. YB Chong Chieng Jen
68. YB Loke Siew Fook
69. YB Tony Pua Kiam Wee
70. YB Jeff Ooi Chuan Aun
71. YB Charles Santiago
72. YB M.Manogaran
73. YB Sim Tong Him
74. YB John Fernandez
75. YB Liew Chin Tong
76. YB Dr.Hiew King Cheu
77. YB Lim Lip Eng
78. YB Er Teck Hwa

PAS Bimbang Malaysia Diketuai Pemimpin Tak Berkualiti - Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz


PAS bimbang negara ini akan diketuai seorang pemimpin yang tidak berkualiti apabila banyak tuduhan yang dipalit terhadapnya gagal dijelaskan kepada umum.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bakal Perdana Menteri baru perlu membersihkan diri terlebih dahulu terhadap segala tomohan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

"Saya menyebut perkara lama, selagi tuduhan atau tomahan yang dilemparkan terhadap bakal perdana menteri yang akan mengambil alih kepimpinan negara esok belum dibersihkan, saya begitu dukacita dan kecewa sekali.

"Nampak sangat pemimpin negara kita tidak berkualiti menjadi pemimpin negara," katanya ketika diminta pandangannya terhadap Dato' Seri Najib Razak yang akan mengambil alih teraju negara esok.

Menurutnya juga orang yang paling berkualiti sekali di dunia ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang bersifat al-Amin.

Katanya, sifat berkenaan tidak boleh dibuat-buat, sebaliknya ia merupakan tabiat semulajadi yang ada kepada baginda sejak kecil lagi.

"Sekiranya tuduhan yang dilemparkan secara terbuka belum lagi diperjelaskan, bagaimana rakyat dapat menerimanya.

"Nak harapkan amanah tu bolehlah...tetapi nak harap amanah pada tebuan, tebuan dengan lebah serupa saja," ujarnya.

Menurutnya pemimpin yang belum dibersihkan imej bagaimana mungkin boleh menduduki tempat tertinggi dalam negara, sedangkan Islam amat menitikberatkan soal kualiti.

Media asing termasuk Liberation yang berpangkalan di Perancis sebelum ini mengaitkan Najib dengan model Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini.

Beberapa akhbar lagi turut mengaitkan nama bakal Perdana Menteri Malaysia dalam kes tersebut termasuk; The Nation Thailand, The New York Times, 9News, The Australian, The Times of India dan Timesonline.

Bagaimanapun, Tuan Guru Nik Aziz berharap kerajaan pusat di bawah Perdana Menteri baru lebih bersifat mesra dengan kerajaan Kelantan seperti yang berlaku di zaman Abdullah.

Kata beliau, sebaiknya Najib perlu melakari rekod baru dalam sejarah pentadbiran negara dalam menjalinkan hubungan lebih erat dan bersih berbanding Perdana Menteri sebelum ini.

"Walaupun kita akui diskriminasi sebelum ini tetap berlaku dengan wujudnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang langsung tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri.

"Kita harap perdana menteri baru mengambil perhatian penuh terhadap Kelantan dan negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau bersyukur sekiranya perkara itu benar-benar berlaku di era pentadbiran Najib.
Kata beliau, ia bersesuaian dengan negara demokrasi dan semangat federalisme, di mana pemimpin perlu menterjemahkan suasana itu.

"Walaupun kaki di bawah, mata di atas tetapi semuanya bekerja untuk satu tubuh. Sekiranya kaki tersadung, muka akan tersungkur mengakibatkan hidung berdarah, mulut meraung.

"Sebagai sebuah negeri di bawah persekutuan, tidak wajar Kelantan dipinggirkan, apa lagi masyarakatnya terkenal sebagai rakyat yang rajin, berilmu pengetahuan dan dedikasi," ujarnya.