Alhamdulillah,brsyukur kita kepada Allah S.W.T. yang mengurniakan dan melimpahkan nikmat iman dan Islam kepada orang-orang yang beriman dan kepada mereka yang dikehendaki-Nya.Selawat dan salam buat junjungan besar sayyidul ambiya'i wal mursalin Nabi Muhammad S.A.W beserta ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda serta para tabi' tabi'in dan pejuang agama Allah di atas muka bumi ini.

Menjelma kembali bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan pada tahun ini di mana ia adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan yang boleh kita ambil.Pada bulan inilah kita dituntut memperbanyakkan amal ibadah bukan sahaja ibadah solat sunat dan sedekah yang semestinya kita laksanakan walaupun di bulan selainnya,akan tetapi pembersihan rohani dari segala maksiat yang telah kita lakukan dan perubahan diri kita ke arah yang lebih baik dengan cara kita meninggalkan segala perkara-perkara yang boleh mendatangkan maksiat.

Oleh itu kesedaran serta kefahaman agama Islam yang sebenar dan sifat rasa tanggungjawab sebagai hamba Allah di atas muka bumiNya penting untuk kita tanamkan dalam diri kita di bulan ramadhan ini.Bilamana kita memahami tugas melaksanakan dan menyampaikan ajaran Islam adalah tanggngjawab kita bersama,maka semestinya kita berlumba-lumba dalam membantu dan membawa ajaran Islam yang kita cintai bukan hanya apabila diberikan sesuatu ,barulah kita hendak laksanakan,akan tetapi sifat rasa tanggungjawab terhadap Islam itu perlu dipupuk dalam diri kita.

Akhirnya,ana memesan kepada diri ana dan sahabat-sahabiat semua agar sama-sama kita fahami ajaran Islam itu dengan sebenar-benarnya mudah-mudahan keikhlasan dalam kita melaksanakan kerja-kerja Islam itu dinilai dan dipelihara oleh Allah S.W.T.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kesilapan dan kekurangan itu datangnya daripada kelemahan diri insan yang kerdil ini.Wassalam.