Berita Hari ini, Sabtu 19/3/2011 adalah pilihanraya rakyat Mesir bagi memilih sama ada perlu diubah perlembagaan Mesir ataupun tidak.Rakyat Mesir mula turun mengundi bermula daripada pagi hari ini sehinggalah pukul 7 malam(waktu Mesir).Keputusan hari ini adalah penentu bagi masa depan Mesir.Masjid-masjid di sini di dalam khutbah Jumaatnya bermula semalam menyarankan agar seluruh rakyat Mesir turu mengundi pada hari ini.Jikalau melihat kepada kecenderungan Ikhwanul Muslimin,mereka lebih kepada menyetujui perlembagaan Mesir diubah kepada perlembagaan yang digubal baru.

Berita lain menyebut bahawa Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin,Al-'Allamah Ustaz Dr Muhammad Badi' menyerahkan tanggungjawab kepada Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Al-Allamah Ustaz Khairat Shatir yang baru sahaja dilepaskan daripada penjara baru-baru ini untuk mengajak rakyat Mesir menyertai Ikhwanul Muslimin dan menyokong perjuangan Ikhwanul Muslimin.Pada hari Sabtu lepas, Parti Ikhwanul Muslimin meraikan kejayaan di atas pelepasan Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Al-Allamah Ustaz Khairat Shatir daripada penjara.

Mudah-mudahan keputusan rakyat Mesir pada pilihanraya yang berlangsung ini menjadi penentu kepada kejayaan Islam dan rakyat Mesir di masa akan datang.